PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA


PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA


MPU 21032

        PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 

TAJUK TUGASAN

PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA

 

NAMA PENSYARAH

ENCIK ZOHDI

 

NAMA AHLI

MUHAMAD SOLEH BIN ABDUL MANAN

04DKA21F2037

 

 NIK MOHAMMAD FARIS SYAHMI BIN RAMLE 

04DKA21F2009


WAN QAYYUM HAIKAL BIN WAN ZAINAL ADLIN
 
04DKA21F2021

 MUHAMMAD FARIS IKHWAN BIN KAMARUDDIN 

04DKA21F2033)



PRAKATA

 

    Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan izin-Nya,maka kami dapat menyiapkan tugasan E-Folio Etika dan Peradaban dengan jayanya.Dengan izin-Nya , tugasan ini dapat memberi banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini.Kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih dan setinggi - tinggi penghargaan kepada Encik Zohdi yang tidak jemu memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini.

 

    Akhir sekali,kami juga ingin mengucapkan jutaan berterima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa budi kalian



MAKSUD PERPADUAN


    Perpaduan boleh ditafrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat tolenransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam erti kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.


PENGENALAN


Kesepaduan sosial (social cohesion) ialah ungkapan dan konsep yang digunakan oleh pakar akademik untuk menerangkan pengalaman Malaysia dalam aspek hubungan etnik sejak 13 Mei 1969. Sehingga kini, secara purata masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan etnik telah hidup aman damai, stabil dan harmoni kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang telah dibina sejak dahulu.

Wujudnya kesepaduan sosial tidak bererti tiada perbezaan dan konflik dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan dan konflik tetap wujud kerana melibatkan hubungan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan. Hakikatnya, kesepaduan sosial dan integrasi nasional menjadi prasyarat dalam merintis jalan puncak ke matlamat akhir, iaitu perpaduan.

Perpaduan secara umumnya ditakrfkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam membentuk identiti nasional seperti satu bangsa dan satu bahasa. Mengambil kira konteks negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, bahasa, agama dan budaya maka konsep perpaduan yang ditekankan ialah "Perpaduan dalam Kepelbagaian'

Hal ini berlaku demikian kerana berdasarkan Sarah, rakyat Malaysia telah menerima fakta bahawa masyarakatnya ialah masyarakat majmuk. Perubahan demografi dari segi jumlah populasi rakyat mengikut pecahan etnik telah banyak berubah sejak tahun 1970-an sehingga kini. Pada masa yang sama, wujud pelbagai sistem persekolahan, iaitu sekolah arus perdana, sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah antarabangsa. Semua individu kekal dengan pegangan agama, pengenalan etnik dan budaya masing-masing.

Oleh sebab perbezaan ini, maka usaha ke arah mewujudkan perpaduan di Malaysia perlu dilengkapi dan dilandasi dengan usaha integrasi secara berterusan.







1) Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan perpaduan antara kaum. 

a) DASAR EKONOMI BARU.

 

👉objektif : 


membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip- prinsip perlembagaan dan Rukun Negara merupakan satu strategi negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dalam mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.


👉strategi pelaksanaan : 


⃞⃟   Mengurang dan seterusnya membaiki kemiskinan dengan mewujudkan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum.

⃞⃟   Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi- fungsi ekonomi bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.




b) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

 

Pembangunan kebudayaan bagi negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu.


👉Objektif utama


mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.


❤3 prinsip utama : 


⃞⃟   Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini 

⃟⃞   Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai 

⃟⃞   Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. 


c) DASAR PENDIDIKAN NEGARA


👉Objektif utama :


memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.


👉Strategi pelaksanaan : 


⃞⃟   Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama 

⃟⃞   Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia 

⃟⃞   Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama 


👉Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 : 


⃟⃞   Memperkasa sekolah kebangsaan 

⃞⃟   Membina negara bangsa 


👉Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 


⃟⃞   Pelaksanaan RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)



2) ISU YANG BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

 

Menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah :

 

    Salah satu usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan  menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah. Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu jenis sahaja sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa mengira latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik. Secara langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan. Tegasnya, dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

 

 

PENUTUP

 

    Hasil perbincangan di atas, kita dapat simpulkan bahawa banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Seperti lirik lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Adibah Noor, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat. Kita sebenarnya mempunyai banyak perbezaan tetapi jika disatukan dalam prinsip dan nilai kemanusiaan yang baik, pastinya perpaduan dapat dilahirkan dan dikekalkan. Ahli-ahli politik hendaklah menghentikan diskriminasi antara kaum yang mereka jaja hanya demi kepentingan diri sendiri. Masyarakat hari ini sudah mempunyai minda yang terbuka dan luas pengetahuan untuk menerima dan menghormati kaum atau bangsa lain serta hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bendera. Semoga usaha-usaha di atas dapat direalisasikan dan menjadi tunjang kemajuan negara untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

   

    Secara keseluruhannya, perpaduan yang dibina daripada keringat pemimpin dan darah pejuang lalu menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk meneruskan agenda perpaduan negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama mencari kata sepakat, sehati dan sejiwa dalam usaha meneruskan agenda perpaduan kerana kita tidak mengetahui musuh yang sebenarnya kerana kebanyakan mereka ialah musuh dalam selimut, api dalam serkam dan gunting dalam lipatan. Sesungguhnya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menjadi kemuncak dalam menikmati juadah perpaduan.




© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/

: https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan_Negara-1.pdf

Comments